suria

David Cassidy Meninggal Dunia

David Cassidy meninggal dunia pada usia 67 tahun.

PELAKON dan penyanyi popular era 70-an, David Cassidy yang popular menerusi siri televisyen The Patrdige Family meninggal dunia pada Selasa.

David berusia 67 tahun.

Variety melaporkan mendiang meninggal dunia di sebuah hospital di Florida dipercayai akibat kegagalan fungsi organ dan dilaporkan bergantung kepada mesin sokongan hayat sejak Ahad lalu.

Wakil penyanyi itu, JoAnn Geffen dalam satu kenyataan mengesahkan kematian David dan ahli keluarga terdekat termasuk bekas isterinya, Sue Cassidy berada di sisi David ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

David mencipta nama menerusi siri The Patridge Family pada tahun 70-an sebelum melancarkan kerjaya nyanyian.

Antara lagu hit nyanyian David ialah Cherish, How Can I Be Sure dan Rock Me Baby.

David Cassidy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain