suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'K-Wave 2' Bakal Gegar Kuala Lumpur

Super Junior antara kumpulan yang bakal mengegarkan Festival Muzik K-Wave 2 yang bakal diadakan pada 13 Januari depan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

SERAMAI tujuh kumpulan Kpop terkenal bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi Festival Muzik K-Wave 2 yang bakal berlangsung pada 13 Januari depan.

Bakal menyertai festival itu adalah kumpulan Super Junior yang akan membuat kemunculan pertama mereka selepas empat tahun berehat daripada dunia seni.

Turut bersama-sama memeriahkan acara itu adalah Taeyeon yang juga vokalis utama Girls Generation, SONEs, MAMAMOO dan NU'EST W.

Sebahagian daripada barisan artis yang akan membuat kemunculan buat pertama kali di Malaysia adalah sebuah kumpulan baru, A.C.E,  TAHITI dan HALO atau Hexagon of Absolute Light and Organization.

Tujuh buah kumpulan kpop terkenal bakal mengadakan persembahan untuk peminat di Malaysia.

Dianjurkan oleh MAcpiePro dan Mcalls, acara yang kali kedua diadakan itu bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Acara itu akan dibahagikan kepada dua sesi dan sesi pertama iaitu lebih kepada aktiviti dan permainan akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7 malam manakala sesi kedua iaitu 8 malam ke atas adalah untuk konsert.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM34 hingga RM498

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain