suria

Pengakuan Berani Hansol (ToppDogg) Di Instagram

Hansol hanya mempunyai perasaan terhadap dirinya.

SALAH seorang ahli kumpulan ToppDogg iaitu Hansol telah membuat pengakuan bahawa dirinya seorang asexual yang bermaksud tidak mempunyai perasaan menjalinkan hubungan.  

Pengakuan tersebut dilakukan menerusi akaun Instagramnya secara langsung pada Sabtu lalu.

Menurut Hansol, dia sudah lama memikirkan untuk meluahkan apa yang dipendamkan.

"Saya dah fikir perkara ini dan saya adalah asexual. Saya tak suka orang. Saya hanya suka diri sendiri. 

"Selain itu, saya juga suka kawan-kawan dan keluarga sahaja," kata Hansol.

Video pengakuannya telah menjadi tular di Youtube dan media sosial dan mendapat sokongan daripada ramai orang. 

Hansol, ToppDogg

Artikel Lain