suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Morrison Tinggalkan 'Once Upon a Time’ Selepas Musim Ke-6

Jennifer Morrison

PELAKON Jennifer Morrison mengumumkan akan meninggalkan produksi Once Upon a Time selepas enam musim membintangi drama kisah dongeng itu.

Perkara itu diumumkan Jennifer menerusi satu posting di Instagram.

“Ketika kontrak enam tahun bersama Once Upon a Time hampir ke penghujung, saya akhirnya perlu membuat satu keputusan yang signifikan.

“Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya secara peribadi dan kreatif, ia adalah masa yang sesuai untuk saya bergerak ke hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan E! News.

Tambah Jennifer, watak Emma Swan yang dilakonkannya selama enam musim yang lalu banyak mengubah hidupnya.

"Emma Swan adalah salah satu watak kegemaran yang saya pernah lakonkan. Once Upon a Time telah mengubah hidup saya dengan cara yang paling indah.

“Saya benar-benar terpesona dengan semangat dan komitmen peminat Once Upon a Time. Saya sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada drama ini,” katanya.

Jennifer Morrison

Artikel Lain