suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Sukar Tidur Tanpa Pengawal Peribadi

Kim Kardashian memberitahu sukar tidur tanpa kelibat empat pengawal peribadinya sejak kejadian dia dirompak di Paris pada Oktober tahun lalu.

BINTANG realiti Kim Kardashian memberitahu sukar untuk tidur pada waktu malam sejak kejadian dia dirompak di Paris pada Oktober tahun lalu.

Menerusi sedutan musim terbaharu Keeping Up With the Kardashians, Kim berkata dia hanya dapat tidur lena sekiranya empat pengawal peribadi berada di rumah untuk mengawal keselamatannya.

"Saya langsung tidak boleh tidur melainkan empat pengawal peribadi berada di luar rumah," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Pada kejadian itu, Kim berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di hotelnya.

Isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya.

Kesemua perompak itu kemudiannya menggeladah kediaman Kim dan mencuri barangan kemas bernilai jutaan ringgit.

Kes itu masih dalam siasatan.

Artikel Lain