suria

Ibu Tanggung Beban Hutang Teman Lelaki Kylie Jenner

Kris Jenner (kiri) sanggup menanggung hutang teman lelaki anaknya, Kylie Jenner iaitu Tyga.
IBU kepada bintang realiti Kylie Jenner iaitu Kris Jenner dilaporkan melangsaikan semua hutang teman lelaki anak perempuannya iaitu penyanyi rap Tyga.

Aceshowbiz melaporkan Kris sanggup menanggung hutang berkenaan kerana tidak mahu hubungan Kylie dan Tyga bermasalah hanya kerana soal wang.

Penyanyi rap itu sering menjadi perhatian kerana masalah kewangan malah telah disaman oleh beberapa syarikat dan bank kerana gagal melunaskan hutang tepat pada masanya.

"Jika Kris membayar hutang Tyga, lelaki itu tidak perlu ke mahkamah dan paling penting hubungan mereka tidak akan berantakan hanya kerana soal wang.

"Kris juga sanggup menanggung beban itu kerana tidak mahu anaknya terlibat dalam masalah kerana sedar Kylie boleh dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan tentang status kewangannya.

"Ia boleh memburukkan lagi keadaan," kata sumber.

Kris Jenner, Kylie Jenner, Tyga

Artikel Lain