suria

JinE (Oh My Girl) Terima Rawatan Penyakit Aneroksia

JinE mengambil keputusan berehat bagi mendapatkan rawatan berhubung penyakit aneroksia yang dihidapinya.

ANGGOTA kumpulan Oh My Girl, iaitu JinE mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni buat seketika bagi mendapatkan rawatan berhubung penyakit anoreksia (hilang selera makan) yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Syarikat pengurusannya, WM Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu JinE kini berada di rumah ibu bapanya di Pohang dan berada dalam keadaan baik.

"JinE kini sedang mendapatkan rawatan berhubung penyakit anoreksia dihidapi di sebuah hospital berdekatan dengan kediaman ibu-bapanya di Pohang.

"Dia sedang berusaha mengatasi penyakit berkenaan dan semakin pulih," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan Soompi.

Tahun lalu, JinE mendedahkan pernah dikejarkan ke hospital kerana penyakit itu akibat mengamalkan diet keterlaluan.

Amalan diet keterlaluan itu adalah sebagai persiapan untuk kemunculan semula kumpulan Oh My Girl bagi single terbaharu mereka Closer sehingga memakan dirinya sendiri.

Berat badan JinE kini dilaporkan bawah paras 40 kilogram dan pihak pengurusannya berharap peminat mendoakan penyanyi itu kembali sihat dan dapat beraksi bersama Oh My Girl.

JinE, Oh My Girl

Artikel Lain