suria

Selena Gomez Berehat Menyanyi, Tumpu Rawatan Penyakit Lupus

Selena Gomez mengambil keputusan berehat daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada rawatan penyakit Lupus yang dihidapinya sejak tahun lalu.

PENYANYI Selena Gomez mengambil keputusan berehat daripada dunia seni selepas mengesahkan dia menghidap penyakit Lupus pada tahun lalu.

Bercakap kepada USA Today, Selena berkata, dia ingin memfokuskan kepada kesihatannya dan mendapatkan rawatan memandangkan ia mula memberi kesan.

"Penyakit ini telah menyebabkan saya mengalami serangan panik, depresi dan keresahan.

"Sudah tiba masanya saya memberi fokus kepada kesihatan dan berehat seketika daripada bidang seni," katanya.

Selena yang baharu sahaja selesai konsert jelajah dunia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya melalui saat sukar itu.

Oktober tahun lalu, Selena mendedahkan dia menjalani kimoterapi untuk merawat penyakit berkenaan.

Lupus adalah penyakit kronik yang menyerang sistem imunisasi manusia dan ia boleh dikesan menerusi beberapa simpton seperti sakit kepala, sakit sendi, demam berpanjangan, bengkak pada tangan dan kaki, sensitif kepada cahaya dan keguguran rambut.

Sementara itu, Selena dilaporkan turut berasa tertekan selepas drama pertengkarannya dengan bekas teman lelaki, Justin Bieber pada minggu lalu.

Selena Gomez

Artikel Sebelum

Artikel Lain