suria

Britney Spears Dikritik Kerana Tidak menyanyi Secara 'Live'

Britney Spears dikritik gara-gara persembahannya di MTV Video Music Awards (VMAs) yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

PENYANYI Britney Spears menerima kritikan hebat apabila didakwa tidak menyanyi secara 'live' ketika mengadakan persembahan pada MTV Video Music Awards (VMAs) yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan peminat kecewa terhadap penyanyi berusia 34 tahun itu kerana tidak memberi persembahan seperti diharapkan.

Kemunculan Britney pada acara itu dinanti-nantikan peminat selepas kali terakhir berbuat demikian sembilan tahun lalu.

"Ia mengecewakan dan tragis kerana itu adalah persembahan pertamanya sejak 2007 dan ia tidak berlangsung seperti mana diharapkan.

"Walaupun semua tahu Britney tidak menyanyi secara 'live' tetapi sekurang-kurangnya dia perlu melakukannya tanpa sebarang kesilapan.

Persembahan Britney turut menampilkan penyanyi rap G-Eazy.

"Jelas dia kelihatan tidak peduli dan persembahan itu sama teruk ketika kali terakhir dia muncul pada VMAs sembilan tahun lalu," kata salah seorang peminat di Twitter.

Pada acara itu, Britney tampil menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Make Me daripada album terbaharunya, Glory.

Persembahan itu turut menampilkan penyanyi rap G-Eazy.

Bagaimanapun peminat setia penyanyi itu tetap menyukai persembahan penyanyi itu dan tidak melihat kelemahan Britney gagal menyanyi secara langsung sebagai isu.

"Jika kita lihat dari segi persembahan Britney melakukannya dengan baik cuma ada yang marah kerana dia gagal menutup kelemahannya tidak menyanyi secara langsung.

"Britney pakar dalam perkara itu tetapi malangnya kesilapan itu terlalu jelas," ujar salah seorang peminatnya.

Britney Spears, VMAs, G-Eazy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain