suria

Tiga Lagi Wanita Dakwa Park You Chun Lakukan Serangan Seksual

Park Yoo Chun didakwa melakukan serangan seksual terhadap tiga lagi wanita.
NAMA Park Yoo Chun sekali lagi menjadi perhatian apabila tiga wanita tampil mendakwa mereka menjadi mangsa serangan seksual pelakon dan penyanyi itu.

Soompi melaporkan ketiga-tiga wanita yang membuat laporan secara berasingan namun tampil dengan dakwaan hampir serupa.

Yoo Chun didakwa menggunakan modus operandi sama untuk memperdayakan mangsa dengan membawa mereka ke kelab atau pusat karaoke untuk minum sebelum mencabul mereka di dalam tandas.

Terdahulu, Yoo Chun terlepas daripada tuduhan melakukan serangan seksual selepas dakwaan terhadapnya digugurkan.

Pengguguran kes itu dibuat selepas seorang wanita dikenali sebagai Ms. Lee menarik balik tuduhan tersebut dan menjelaskan hubungan seksual yang berlaku adalah atas kerelaannya sendiri.

Dengan perkembangan kes terbaharu ini, pihak polis akan meneruskan siasatan berhubung dakwaan daripada tiga lagi wanita tersebut untuk memastikan sama ada lelaki itu bersalah atau pun tidak.

Malah kata polis, jika didapati pihak pengadu sengaja mereka-reka cerita tindakan juga akan diambil terhadap mereka kerana cuba memeras ugut dan menjatuhkan reputasi Yoo Chun.

Park Yoo Chun

Artikel Lain