suria

Peminat Hantar Petisyen Minta Kangin Tinggalkan Super Junior

Kangin digesa tinggalkan Super Junior selepas terlibat dalam kemalangan dalam pengaruh alkohol.
PEMINAT kumpulan Super Junior telah menghantar petisyen bagi menggesa salah seorang ahlinya, Kangin untuk keluar daripada grup berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan akibat mabuk baru-baru ini.

Soompi melaporkan peminat kumpulan itu mendakwa tindakan tidak bertanggungjawab Kangin telah mencalarkan nama baik Super Junior tambahan pula ia bukan kejadian pertama melibatkan penyanyi itu.

"Kangin pernah terlibat dalam kejadian sama pada 2009 malah gagal menghadiri latihan tentera.

"Kami sebagai peminat mahu kangin bertanggungjawab terhadap tindakannya dan tinggalkan Super Junior.

"Dia telah mencalarkan nama baik Super Junior sekali gus menggangu aktiviti promosi kumpulan itu yang turut melibatkan peminat," kata salah seorang peminat.

Bagaimanapun syarikat pengurusan kumpulan itu tidak memberikan sebarang respons terhadap petisyen berkenaan dan Kangin kini berehat seketika daripada bidang seni bagi memberi tumpuan kepada kes melibatkannya.

Kangin, Super Junior

Artikel Lain