Mel Gibson Tayang Kekasih 35 Tahun Lebih Muda - Bintang Global | mStar

Mel Gibson Tayang Kekasih 35 Tahun Lebih Muda

Mel Gibson dan kekasihnya Rosalind Ross ketika menghadiri Festival Filem Cannes baru-baru ini.

AKTOR terkenal Hollywood Mel Gibson dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita 35 tahun lebih muda daripadanya.

Daily Mail melaporkan pelakon itu bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Rosalind Ross, 25, tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai.

Malah ketika menghadhiri majlis terutup Festival Filem Cannes Rosalind tidak pernah berenggang dengan Mel, 60 selain bercium ketika melalui karpet merah acara berkenaan.

Aksi mereka itu sekaligus mencuri tumpuan peminat dan jemputan yang berada di festival berkenaan.

Kedua-dua mereka tampil dengan dandanan klasik dan anggun yang memperlihatkan Mel memakai sut hitam manakala kekasihnya menggayakan busana mewah dari warna sama.

Mel Gibson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu