suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shinsadong Tiger Nafi Terlibat Skandal Pelacuran Artis Korea

PENERBIT Shinsadong Tiger menafikan dirinya terkait dengan tuduhan sebagai individu bertanggungjawab melibatkan aktis Korea kepada skandal pelacuran.

Menerusi kenyataanya di laman sosial, dia tidak pernah terlibat dan tidak dipanggil pihak berkuasa berkaitan isu tersebut.

"Saya tidak pernah dipanggil untuk disiasat tentang khabar angin skandal pelacuran. Tiada mana-mana pihak yang mendakwa saya dipanggil pihak berkuasa," ujarnya.

Dia juga tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan perkara tersebut sehingga membuatkan keluarganya tertekan selain merancang untuk membawa perkara itu ke pihak pengadilan.

"Saya bertahan dengan tomahan orang selama ini, jika perkara ini tidak berkesudahan saya akan bawa ke muka pengadilan," ujarnya.
Shinsadong Tiger

Artikel Lain