suria

Video Lagu 'Hello' Adele Tersebar Lebih Awal

VIDEO lagu single terbaru Adele iaitu Hello  telah tersebar di Internet sebelum ia dijadualkan muncul buat pertama kali dalam rancangan temubual BBC Radio 1 Nick Grimshaw Breakfast Show pada pagi Jumaat waktu Britain.

Penyanyi berusia 27 tahun itu merakamkan video terbarunya itu di kawasan pinggir bandar Montreal, Kanada tetapi kini boleh ditonton atas platform Vimeo dan Vevo.

Ia menunjukkan Adele muncul di tingkap rumah kekasihnya sebelum bersembunyi di belakang kot bulu dalam rakaman yang bakal mencetuskan keterujaan baru di kalangan para peminat setianya yang telah lama menantikan lagu baru.

Album terakhir Adele diterbitkan pada 2011, sejurus selepas percintaannya dengan seorang lelaki yang masih dianggap misteri sehingga ke hari ini gagal.

Pada 2012, penyanyi British itu merakamkan lagu tema filem James Bond - Skyfall - atas judul yang sama dan menenangi anugerah Oskar untuk lagu terbaik filem.

Awal minggu ini, Adele mengumumkan album terbarunya berjudul '25' iaitu rakamannya yang pertama sejak Skyfall.

Adele juga mengesahkan yang album terbarunya akan mula berada di pasaran pada 20 November ini.

Single terbarunya 'Hello' akan turut dimuatkan dalam Album '25'.

Adele

Artikel Sebelum

Artikel Lain