suria

Berita Perpisahan Lee Min Ho & Suzy Tidak Benar

Lee Min Ho dan Suzy masih bersama sebagai pasangan kekasih.
PIHAK pengurusan JYP Entertainment  menyangkal berita kononnya anggota kumpulan Miss A iaitu Suzy telah berpisah dengan aktor Lee Min Ho.

JYP Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu pasangan berkenaan masih bersama dan perkara itu disahkan sendiri oleh Suzy kepada pihak pengurusannya.

"Mereka masih lagi bersama dan tidak pernah berpisah seperti mana dilaporkan sebelum ini. Ia disahkan oleh Suzy kepada kami," katanya seperti mana dilaporkan Soompi.

Malah pihak pengurusan Min Ho juga turut menafikan perkara itu yang kononnya mereka berpisah kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Lee Min Ho, Suzy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain