suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Won Bin Gembira Terima Menantu

BAPA kepada pelakon Won Bin, Kim Seok San berasa lega dan gembira dengan perkahwinan anak bungsunya itu bersama aktres Lee Na Young yang berlangsung pada 30 Mei lalu.

Katanya, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu perkara yang dinanti-nantikannya selepas empat adik beradiknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

"Saya sangat lega sekarang selepas anak bungsu saya telah menjumpa pasangannya. Itu adalah berita bagus untuk orang tua.

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan yang saya lalui dengan kata-kata," tuturnya seperti dipetik di Soompi.

Bercakap tentang menantunya Lee Na Young, Kim Seok San berkata, dia berharap wanita itu mampu buat yang terbaik sebagai seorang isteri.

"Saya selalu melihat dia di televisyen dan saya fikir dia boleh menjalankan tanggungjawab dan menjaga Won Bin dengan baik," katanya.

Selepas acara perkahwinan yang dilakukan secara besar-besaran, pasangan ini masih belum muncul di majlis hiburan sebagai pasangan suami isteri.
Won Bin

Artikel Lain