suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leeteuk (Super Junior) Kumpul Bukti Keluarga Dicerca

KETUA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk bakal mengambil tindakan kepada pengguna Internet yang menabur fitnah serta memberi komen negatif mengenai kehidupan peribadi dan keluarganya.

Leetuk, menerusi akaun Twitternya memberitahu sedang mengumpul beberapa bahan bukti tentang perkara tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Saya sedang mengumpul data dan semua maklumat yang tidak benar yang ditulis dilaman sosial tentang diri saya dan keluarga," tulisnya.

Malah Leeteuk turut meminta kerjasama peminatnya untuk membantu mengumpul maklumat tersebut dan menyertakan e-mel peribadi kepada umum.

"Saya sangat berterima kasih jika anda boleh membantu saya untuk mengumpul maklumat ini. Tolong hantar kepada email [email protected]," tulisnya.

Leeteuk dilihat mengambil serius hal berkaitan privasi keluarga daripada cercaan pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.
Leeteuk, Super Junior

Artikel Lain