suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park You Chun Cedera Di Lokasi Penggambaran

Park You-chun mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran drama bersiri The Girl Who Can See Smell.

PELAKON Park Yoo Chun mengalami kecederaan ketika melakukan adegan aksi dalam drama lakonan terbaharunya berjudul The Girl Who Can See Smell baru-baru ini.

Soompi melaporkan Yoo Chun berkeras untuk melakonkan babak tersebut tanpa menggunakan bantuan pelagak ngeri yang akhirnya menyebabkan dia tercedera.

"Dia mengalami kecederaan ketika dipukul menggunakan kerusi yang turut menyebabkan ototnya menjadi kejang. Bagaimanapun dia bernasib baik kerana tulangnya tidak retak atau patah," kata wakil syarikat pengurusannya C.Jes Entertainment.

Dalam pada itu, You Chun kini sedang berehat selama beberapa hari selepas mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengarahkan dia supaya tidak bekerja buat sementara waktu.

Penggambaran drama berkenaan dihentikan seketika sehingga You Chun kembali sihat seperti sedia kala.

Park You-chun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain