suria

Angelina Jolie Inspirasi Kelly Osbourne Lakukan Pembedahan Ovari

Kelly Osbourne sedia untuk melakukan pembedahan ovari
PELAKON Kelly Osbourne menyatakan hasratnya mengikuti jejak Angelina Jolie menjalani pembedahan pembuangan ovari untuk menyelamatkan dirinya daripada dijangkiti sel kanser.

Kelly menyatakan hasrat tersebut kerana dia sedar tentang bahaya penyakit kanser  terhadap kesihatan kerana ibunya juga merupakan seorang yang menghidap penyakit tersebut.

"Saya sebenarnya mempunyai genetik yang membawa penyakit kanser dan ibu menyuruh saya untuk melakukan pemeriksaan setelah dia mengetahui dirinya menghidap kanser serta kini dia sudah melakukan pembedahan ovari," katanya dengan nada sedih kepada Hollywoodlife.

Dia mengakui pembedahan yang dilakukan oleh Angelina Jolie merupakan satu pilihan yang tepat dan juga dapat merasai keputusan yang diambil untuk melepaskan aset berharga sebagai seorang wanita bukannya mudah dilakukan.

"Berjuang dengan penyakit kanser yang dialami bukannya sesuatu perkara mudah dan saya sangat menghargai keputusan dilakukan oleh Angelina Jolie kerana ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya penyakit ini," katanya.
Kelly Osbourne.

Artikel Lain