suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zayn Malik Mahu Segera Kahwin Selepas Gambar Curang Tersebar

Zayn Malik (tengah) bersama anggota kumpulan One Direction.

PENYANYI One Direction, Zayn Malik merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini selepas tersebar gambar dia berpegangan tangan dengan seoraong pelajar iaitu Lauren Richardson di Thailand.

Menurut sumber, Zayn dikatakan akan meneruskan hajat untuk berkahwin dengan tunangnya, Perrie Edwards, pada tahun ini walaupun wanita tersebut sukar untuk melupakan apa yang terjadi.

Zayn Malik

"Zayn dikatakan sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan memujuk hati wanita itu.

"Zayn meninggalkan kumpulan One Direction  buat sementara waktu untuk menenangkan fikiran serta mencari jalan penyelesaian masalah yang di hadapi," kata sumber kepada majalah Closer.

Kumpulan One Direction yang dianggotai Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan and Liam Payne tetap mengadakan persembahan walaupun tanpa  Zayn Malik.  
Zayn Malik, One Direction

Artikel Lain