suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sean Penn Berhenti Merokok Kerana Charlize Theron

Sean Penn berhenti merokok demi menjaga hubungannya dengan Charlize Theron.

PELAKON dan pemenang Anugerah Akademi, Sean Penn dilaporkan berhenti merokok demi tunannya, aktres Charlize Theron.

Menurut laporan Radar Online, Sean mengambil keputusan untuk membuang tabiat itu selepas Charlize memintanya untuk tidak lagi merokok dihadapannya dan anak angkat mereka, Jackson.

"Sean adalah seorang perokok tegar untuk bertahun-tahun lamanya namun selepas bercinta dengan Charlize dia mengambil keputusan untuk berhenti.

"Charlize bagaimanapun tidak menekan teman lelakinya untuk berbuat demikian tetapi hanya meminta lelaki itu tidak merokok dihadapannya dan anak mereka namun pelakon itu mengambil keputusan untuk berhenti," kata sumber rapat pasangan itu.

Sean, 54, menjalinkan hubungan dengan Charlize sejak 2013 memberitahu mahu menjadi seorang lelaki sihat disamping insan tersayang.

Pasangan itu dijangka akan berkahwin pada penghujung tahun ini.


Sean Penn, Charlize Theron.

Artikel Lain