suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Kim Hyun Joong & Bekas Kekasih Pulih Demi Anak

PERCINTAAN penyanyi Kim Hyun Joong dengan bekas kekasihnya kembali bertaut selepas wanita berkenaan dilaporkan sedang hamil.

Allkpop melaporkan biarpun wanita yang dikenali sebagai Ms Choi itu pernah menuduh Hyun Joong melakukan kekerasan terhadapnya namun berita kehamilannya telah membuatkan pasangan itu saling bermaaf-maafan.

"Mereka berdua sudah melupakan kisah tersebut dan ingin memulakan kehidupan baharu dan membesarkan anak mereka dengan baik," kata sumber.

Pasangan itu dijangka menerima kehadiran bayi pertama mereka pada September ini.

Hyun Joong pada Ogos tahun lalu dituduh melakukan kekerasan terhadap Ms Choi sehingga wanita itu mengalami keretakan tulang rusuk yang perlu mengambil masa selama enam minggu untuk pulih.

Kim Hyun Joong.

Artikel Lain