suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande Dituduh Plagiat Idea Video Muzik Kumpulan Indie Australia

PENYANYI Ariana Grande yang baharu sahaja melancarkan video muzik lagu berjudul One Last Time

Video muzik yang menceritakan tentang Ariana mencari jalan keluar dari serangan meteor itu dituduh memplagiat sebuah muzik video sebuah kumpulan muzik indie dari Australia, Safia. 

Kumpulan itu mendakwa Ariana dan produksinya telah menciplak jalan cerita dari video mereka berjudul You Are The One

Dilaporkan Digital Spy, menerusi laman Facebook kumpulan itu, mereka mendakwa salah seorang anggota produksi Ariana telah menonton video mereka dan mengambil idea serta konsepnya. 

"Ini mungkin sebuah kebetulan, tapi bagi kami ini ia seperti salah seorang dari label atau produksi penyanyi itu telah menonton video muzik kami dan menirunya dengan menambah bebeapa idea. 

"Yang paling sama ialah pada bahagian akhir lagu itu," tulis mereka. 

Dalam video muzik tersebut Ariana Grande berlari-lari mencari jalan keluar, hal yang lebih kurang sama juga ada di video muzik milik Safia yang dilancarkan pada sekitar November tahun lalu. 

Manakalan bahagian akhir yang dimaksudkan ialah Ariana dan kekasihnya bercium diiringi latar belakang komet yang sedang jatuh ke bumi. Adegan itu telah diterapkan dalam video Safia terlebih dahulu. 

Bagaimanapun, hingga kini pihak Ariana sendiri, mahupun pengarah video muzik itu Max Landis belum memberi keterangan tentang tuduhan plagiat tersebut.
Ariana Grande

Artikel Lain