suria

Bobby Kim Ditahan Atas Tuduhan Lakukan Gangguan Seksual

Bobby Kim.

PENYANYI R&B, Bobby Kim telah ditahan oleh pihak berkuasa di San Fransisco, Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pramugari Korean Air baru-baru ini.

Kim, 41, dikatakan sengaja memegang tangan dan menggunakan kata-kata berbaur seksual secara berulang terhadap wanita berkenaan.

Pihak Korean Air memfailkan dakwaan terhadapnya dan penyanyi itu telah dibawa oleh pasukan FBI untuk siasatan sejurus sampai di lapangan terbang di San Fransisco dari Seoul, Korea Selatan.

Dua penumpang yang duduk bersebelahan Kim turut dipanggil untuk disoal siasat termasuk dua pramugari bertugas.

Dalam pada itu, syarikat rakaman penyanyi itu dalam satu kenyataan memberitahu Kim tidak melakukan sebarang gangguan seksual seperti didakwa.

Sebaliknya, Kim dikatakan berang dengan tindakan pengurusan Korean Air yang melakukan kesilapan terhadap tempahan tiketnya sehingga membuatkan dia tertekan.

"Dia sepatutnya duduk dalam kelas perniagaan tetapi pihak syarikat penerbangan telah melakukan kesilapan dan enggan menukar tempahan tersebut sehingga menimbulkan kekecohan," kata wakil syarikat tersebut.




Bobby Kim

Artikel Lain