suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian Ibu Punca Angelina Jolie Enggan Berlakon

PELAKON Angelina Jolie memberitahu kematian ibunya pada 2007 memberi sedikit sebanyak kesan kepada keputusannya untuk meninggalkan bidang lakonan.

Jolie yang kini bejinak-jinak dengan dunia pengarahan mengakui lakonannya selama ini hanya untuk memuaskan hati mendiang ibunya sahaja.

"Alasan saya meninggalkan dunia lakonan salah satunya kerana ibu saya sudah tiada lagi membuatkan saya rasa tiada keinginan untuk mengejar populariti lagi.

"Dahulu kerana ibulah yang membuatkan saya untuk berlakon, saya rasa puas bila ibu melihat lakonan saya di dalam filem. Selepas dia meninggal saya rasa ia sudah tidak bererti lagi," katanya.

Jolie juga berkata, pengundurannya dalam dunia lakonan adalah bagi memberi peluang kepada generasi baharu untuk bersaing.

"Apa yang saya sukai sekarang ialah berdiri di belakang kamera dan buat orang lain 'bersinar'. Saya sudah tidak mahu menjadi pusat perhatian lagi," ujarnya.

Angelina Jolie

Artikel Berikut

Artikel Lain