suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘SpongeBob’ Tewaskan 'American Sniper'

SpongeBob

LOS ANGELES: “The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water“ menumpaskan filem kontroversi "The American Sniper" dalam kutipan box office di Amerika Utara minggu lalu.

Filem animasi 3-D itu, yang baru ditayangkan minggu lalu berjaya meraih kutipan tiket AS$55.4 juta, demikian menurut data yang dikumpulkan oleh Exhibitor Relations.

“American Sniper” yang kini menduduki tangga kedua, mengutip AS$23.3 juta terpaksa memberi laluan kepada watak kartun kegemaran kanak-kanak dari seluruh dunia itu.Sejak ditayangkan, "American Sniper" telah mengutip AS$281.4 juta di panggung Amerika Utara sahaja.

Filem baru “Jupiter Ascending” menduduki tempat ketiga tetapi hanya berjaya mengutip jualan tiket sebanyak AS$18.4 juta sahaja pada minggu pertamanya di pawagam.

“Seventh Son,” sebuah lagi filem 3-D yang dibintangi Jeff Bridges dan Julianne Moore, juga pertama kali memasuki pawagam hujung minggu lalu di tempat keempat dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$7.2 juta.

Filem sains fiksyen, “Project Almanac,” di tempat kelima dengan kutipan AS$5.23 juta sahaja. “Paddington,” di tempat keenam dengan kutipan AS$5.22 juta.

Drama komedi, “The Wedding Ringer” membawa pulang sekitar AS$4.72 juta menduduki tangga ketujuh box office, diikuti oleh filem “The Imitation Game,” yang dibintangi bintang British, Benedict Cumberbatch mengutip sekitar AS$4.69 juta untuk berada di tempat kelapan.

“Black or White,” filem berkisarkan isu perkauman di Amerika dan dibintangi oleh Kevin Costner mengutip AS$4.5 juta untuk berada di tangga kesembilan.

Filem yang dibintangi Jennifer Lopez, “The Boy Next Door” hanya mengutip AS$4.1 juta untuk berada di tangga kesepuluh box office.

 

SpongeBob

Artikel Lain