suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Simpson Mahu Kembali Menyanyi

Jessica mahu kembali bergiat aktif sebagai penyanyi selepas lima tahun tidak merakamkan album baharu.

PENYANYI Jessica Simpson merancang untuk kembali merakamkan album terbaharu selepas kali terakhir berbuat demikian pada tahun 2010 menerusi Happy Christmas.

Majalah Touch Weekly melaporkan Jessica sebelum ini berehat daripada karier nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada dua anaknya, Maxwell, 2, dan Ace, 19 bulan selain memberi fokus kepada bidang fesyen.

"Perancangannya adalah dia mahu melancarkan album tersebut pada tahun ini selain mengadakan konsert jelajah. Dia amat merindui untuk mengadakan persembahan dan sangat teruja dengan perancangan itu," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Bagaimanapun butiran mengenai album berkenaan masih belum diketahui namun Jessica dilaporkan akan merakamkan album pop.

Jessica Simpson.

Artikel Sebelum

Artikel Lain