suria

Bekas Teman Lelaki Britney Spears Dibunuh Taliban

Britney sedih dengan kematian bekas teman lelakinya.

BEKAS teman lelaki penyanyi Britney Spears iaitu John Sundahl mati dibunuh dipercayai ditembak oleh pihak Taliban di Afghanistan pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian, helikopter yang dipandu oleh John dari Kabul ditembak jatuh namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu.

John pernah bercinta dengan Britney pada 2007 dan lelaki itu disebut sebagai individu bertanggungjawab membantu penyanyi itu keluar daripada masalah ketagihan alkohol.

Hubungan kedua-dua mereka kekal baik biarpun sudah berpisah dan mereka sering berhubung untuk bertanya khabar.

Britney pula dilaporkan sedih dengan berita kematian John dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang budiman.

Britney Spears, John Sundahl.

Artikel Lain