Filem Kontroversi 'American Sniper' Pecah Rekod Panggung - Bintang Global | mStar

Filem Kontroversi 'American Sniper' Pecah Rekod Panggung

FILEM kontroversi Clint Eastwood, 'American Sniper' telah memecah rekod pecah panggung bagi Amerika Utara untuk tayangan tiga hari hujung minggu lalu dengan memungut AS$90.2 juta.

Keseluruhannya filem yang memakan modal sebanyak AS$60 juta itu telah berjaya mengutip hasil jualan tiket sebanyak AS$108.6 juta.

Filem itu mensasarkan kutipan sebanyak AS$105.2 juta untuk sepanjang bulan ini.

Jumlah kutipan sebanyak AS$90.2 juta itu adalah yang terbesar sepanjang masa (untuk tempoh yang sama bulan Januari).

Hanya filem The Matrix: Reloaded (AS$91.8 juta) yang berada di hadapan 'American Sniper' untuk kutipan sepanjang zaman bagi tempoh yang sama.

Pada Khamis lalu, filem tersebut telah menerima enam pencalonan Oskar termasuk untuk kategori filem terbaik dan pelakon terbaik (Bradley Cooper).

'American Sniper' yang diterbitkan oleh Warner Bros. dan Village Roadshow, adalah berkisar kepada kisah benar mengenai kehidupan seorang bekas anggota skuad elit Navy SEAL, Chris Kyle yang mencipta sejarah sebagai penembak hendap yang membunuh paling ramai musuh dalam rekod tentera Amerika (255 orang musuh) dan kemudian nyawanya berakhir di hujung senapang juga apabila dia ditembak oleh bekas anggota tentera yang menghadapi tekanan jiwa kerana berkhidmat di Afghanistan sepertimana dirinya.

Filem ini mendapat kritikan kerana ia seolah-olah mengangkat Kyle sebagai seorang hero tetapi Clint Eastwood melihat jalan cerita ini dari sudut yang berlainan.

'American Sniper' mula ditayangkan untuk hari Krismas sahaja di Los Angeles, New York dan Dallas.

Filem yang menelan belanja sebanyak AS$60 juta itu memperolehi kutipan jualan tiket sebanyak AS$4 juta pada hari pembukaannya yang terhad itu.

Ia juga adalah satu rekod baru bagi Eastwood. Satu-satunya filem arahannya yang memperolehi kutipan besar pada hari pembukaan ialah 'Gran Torino' (AS$29.5 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain