suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancaran Album Baharu Adele Ditangguh

Album baharu Adele dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

HARAPAN peminat untuk memiliki album terbaharu penyanyi terkenal Adele dalam masa terdekat tidak akan menjadi kenyataan apabila ia dilaporkan hanya akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber memberitahu kepada Aceshowbizz, album berkenaan masih belum siap sepenuhnya dan pihak label tidak mahu terburu-buru melancarkan album berkenaan.

"Tidak akan ada peluang album berkenaan dilancarkan dalam masa terdekat kerana ia masih belum siap sepenuhnya," kata sumber itu.

Album kedua Adele berjudul '21' terjual hampir 30 juta unit di Amerika Syarikat sejak ia dilancarkan pada 2011.

Lagu hit seperti Rolling in the Deep, Someone Like You dan Set Fire to the Rain menjadi kegilaan peminat.

Adele.

Artikel Lain