suria

Pelakon 'Real Men' Gemuruh Jalani Latihan Tentera

Inilah aksi-aksi pelakon "Real Men" - Foto Soompi.com

PARA pelakon Real Men yang menampilkan anggota tentera wanita telah menghadiri latihan asas ketenteraan sebelum menjalani penggambaran drama itu.

Foto-foto beberapa pelakon wanita berkenaan telah diedarkan sejak Isnin yang memperlihatkan mereka diberi penerangan oleh pegawai tentera di pusat ketenteraan Nonsan.

Soompi.com melaporkan, kebanyakan mereka kelihatan gemuruh ketika mengambil bahagian pada permulaan latihan itu.

Para pelakon yang terlibat untuk drama berkenaan ialah penyanyi Amber dari kumpuan f(x) dan Yoon Bomi (A Pink).

Turut terlibat ialah aktres  Kim Ji Young, Park Ha Sun, Kang Ye Won dan Lee Da Hee, pelawak Ahn Young Mi dan penyampai berita Lee Ji Ae.

Real Men akan menjalani penggambaran selama empat hari bermula Isnin dan ia dijangka disiarkan pada 25 Januari ini.

Real Men, Kpop

Artikel Sebelum

Artikel Lain