suria

Khloe Kardashian Tayang Betis Untuk Tatapan Peminat

Khloe Kardashian

BINTANG Khloe Kardashian mempamirkan aksi berbeza ketika hadir pada sebuah acara sempena Golden Globes Ahad lalu dengan menayangkan betisnya untuk ditatap para peminat.

Wanita berusia 30 tahun ini tampil dengan gaun hitam pada acara berkenaan sambil memuat naik gambar di Instagram miliknya dengan menyelak kain bagi menampakkan bahagian betis sebelum menghadiri acara tersebut.

Bagi menampakkan dia kelihatan gah untuk ke acara berkenaan, Khole turut memuat naik gambar sedang disolek selain menitipkan ucapan terima kasih kepada grup pendandan gayanya.

Dalam beberapa keping gambar lain dia turut berkongsi  imej glamor bersama kunci kereta sambil membawa beg tangan. – Dailymail.com

Khloe Kardashian

Artikel Lain