suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit Lancar Trailer 'Terminator:Genisys'

Terminator: Genisys bakal menemui penonton pada 1 Julai 2015.

SELEPAS muncul dengan poster penuh dramatik dalam bentuk grafik animasi berlatarbelakangkan lagu tema penuh suspen, pihak penerbit filem Terminator: Genisys melancarkan trailer karya kelima francais The Terminator itu.

Sekual tersebut bakal membawa penonton ke tahun 2029 yang menyaksikan kemunculan semula pelakon asalnya Arnold Scharzenegger membawa watak terkenal itu.

Schwarzenegger pertama kali memainkan peranan itu pada tahun 1984.

Untuk siri yang kelima ini, Terminator bakal kembali melatih dan melindungi Sarah Connor lakonan Emilia Clarke.

Anak Sarah iaitu John Conner (Jason Clarke) pada asalnya menghantar pembantu kepercayaannya, Kyle Reese (Jai Courtney) ke zaman silam demi untuk memastikan ibunya tidak dibunuh oleh Terminator yang turut dihantar ke zaman silam dengan misi membunuh Sarah.

Terminator: Genisys yang diarahkan oleh Alan Taylor akan memasuki pawagam di seluruh dunia mulai 1 Julai 2015.

Terminator:Genisys.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain