suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seungri (Big Bang) Terlibat Dalam Kemalangan

Seungri bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.
ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Seungri terlibat dalam kemalangan dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu.

Korea Herald melaporkan, ketika kejadian Seungri memandu kereta jenis Porsche miliknya di lebuh raya Gangbyeon di Dongbu Ichon-dong, Seoul kira-kira pukul 3 pagi sebelum berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Mercedez Benz.

Akibat rempuhan itu, kereta milik penyanyi itu berpusing sebelum terbalik dan melanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun Seungri dan pemilik kereta Mercedez Benz itu bernasib baik kerana terselamat daripada kejadian itu dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Keadaan kereta Porsche milik Seungri yang terbalik.

Penyanyi berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pertunjukkan fesyen di Gangnam.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada pengaruh alkohol namun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut.

Kejadian itu berlaku selepas dua minggu selepas van yang membawa lima ahli kumpulan Ladies Code terlibat dalam kemalangan ngeri dan mengorbankan dua ahlinya - Rise dan EunB.
Seungri, Big Bang, Kemalangan.

Artikel Lain