suria

Britney Spears Ke Pangkuan Bekas Kekasih

Britney dan Adnan ketika mereka masih pasangan kekasih pada tahun 2008.

PENYANYI Britney Spears yang baharu sahaja mengakhiri hubungan cintanya dengan David Lucado dilaporkan telah menemui pengganti.

Daily Mail melaporkan Britney kembali kepada bekas kekasihnya iaitu Adnan Ghalib seorang paparazi selepas enam tahun hubungan mereka terputus.

Sumber penyanyi lagu Everytime itu berkata, hubungan mereka kembali akrab dan pasangan itu berbual di telefon hampir setiap hari.

"Semenjak berpisah mereka masih berhubung sebagai kawan namun sejak akhir-akhir ini keakraban itu kembali terjalin," kata sumber itu.

Dalam pada itu, Britney nekad meninggalkan David selepas pemuda berkenaan dilaporkan mempunyai skandal dengan bekas teman wanitanya.

Britney Spears, Adnan Ghalib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain