suria

Artis Wanita Taiwan Seiras Lee Min Ho

Megan (kiri) membawa watak tomboy sehingga dikatakan seiras dengan Lee Min Ho.
PELAKON cantik Taiwan Megan Lai, 34, yang pernah membintangi filem berjudul Mars bersama Barbie Hsu dan Vic Zhou menjadi perbualan hangat di media sosial.

Megan Lai yang membawakan watak wanita tomboi dalam filem Cafe. Waiting. Love ini dikhabarkan menyerupai aktor popular Korea, Lee Min Ho.

Wanita itu dikatakan mempunyai karakter lelaki yang membuatkan kebanyakan wanita akan jatuh hati hingga suaranya turut berubah seperti suara lelaki.

Megan turt terkejut apabila sebuah media Taiwan menunjukkan foto Lee Min Ho yang sama seperti dirinya dalam watak tersebut.

"Saya pernah diberitahu oleh pihak media Taiwan tentang perkara ini, saya sangat terkejut bila mereka menunjukkan gambar aktor Korea itu.

"Bagi saya ia adalah satu pujian besar dan menganggap karakter tersebut sudah berjaya," katanya.

Cafe. Wanting. Love. merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel berjudul You Are The Apple Of My Eyes.
Lee Min Ho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain