suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gwyneth Paltrow Lega Bekas Suami Temui Pengganti

Gwyneth Paltrow lega bekas suaminya jumpa cinta baharu.
PELAKONGwyneth Paltrow gembira dengan perkhabaran terbaharu tentang bekas suaminya, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin yang dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Jennifer Lawrance.

Daily Mail melaporkan Gwyneth lega Chris sudah melupakannya dan meneruskan kehidupannya dan mula berjumpa dengan wanita lain selepas mereka berpisah awal tahun ini.

"Gwyneth gembira apabila bekas suaminya bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripadanya. Perceraian mereka juga berakhir dengan baik dan Gwyneth mahu Chris meneruskan hidupnya," kata sumber pelakon itu.

Sebelum itu, Chris dan Jennifer dilihat menghabiskan masa berdua-duan di sebuah restoran mewah di Los Angeles bagi menyambut hari lahir bintang filem Hunger Games itu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan tentang hubungan mereka.



Gwyneth Paltrow, Chris Martin.

Artikel Lain