Foto Mesra Choiza Dan Sulli Tersebar - Bintang Global | mStar

Foto Mesra Choiza Dan Sulli Tersebar

Choiza dan Sulli dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.

GARA-GARA penyebaran foto mesra Sulli (F(x)) dan Choiza (Dynamic Duo), para peminat mula membuat spekulasi bahawa mereka kini sedang bercinta.

Foto tersebut menunjukan sebuah dompet yang telah dibuka terdapat pelekat foto mesra Sulli dan Choiza.

Menurut laporan Allkpop, bagaimanapun agensi SM Entertainment menafikan bintang itu menjalinkan hubungan sebaliknya Choiza hanya dianggap sebagai seorang penyanyi senior bagi Sulli.

"Mereka tidak pernah bercinta tetapi mereka akrab dan sering bertemu," kata jurucakap daripada agensi tersebut.

Foro mesra Choiza dan Sulli yang tersebar di internet.

Baru-baru ini, fdompet Choiza yang mempunyai pelekat foto bersama Sulli tersebar di internet.

Hal tersebut membuatkan Choiza berang kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka dompet tersebut, mengambil gambar dan kemudian menyebarkannya di internet.

"Kami sedang membuat persiapan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak bertanggungjawab itu," beritahu jurucakap tersebut lagi.
Choiza , Sulli

Artikel Sebelum

Jurugambar Saman Justin Bieber

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu