suria

Drama lakonan Lee Seung Gi Gagal Raih Rating Tinggi

'You're All Surrounded' mungkin akan ditarik balik siaran sekiranya gagal mendapat rating penonton.

TIDAK seperti biasa, drama terbaharu lakonan Lee Seung Gi iaitu You're All Surrounded gagal mendapat respons penonton seperti siri-siri yang dibintanginya sebelum ini.

Menurut laporan portal MWave, drama yang ditayangkan di stesen televisyen SBS itu menerima kritikan kerana setiap episod tidak mempunyai cerita klimaks, sehingga membuatkan penonton bosan.

Drama yang turut dibintangi oleh Go Ara dan Ahn Jae Hyun hanya meraih 12.8 peratus tontonan.

Sepatutnya, drama tersebut dikatakan bakal mendapat rating tinggi kerana peminat-peminat Lee Seung Gi sudah lama menantikan kemunculan semula aktor itu.

Difahamkan, sekiranya drama itu masih gagal meraih tontonan yang tinggi, ia mungkin akan ditarik balik siarannya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain