suria

Shun Oguri & Yamada Yu Nantikan Kelahiran Anak Sulung

Yamada dan Oguri tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung mereka September ini.

AKTOR Jepun, Shun Oguri sedang diulit rasa bahagia apabila isterinya, Yamada Yu, disahkan hamil.

Menurut laporan Tokyo Hive, kehamilan Yamada yang popular dengan siri Seigi No Mikata sudah masuk bulan keenam dan aktres tersebut dijangka bersalin pada September depan.

"Benar Yamada kini sedang hamil enam bulan. Dia dan Oguri kini sedang bahagia menanti kelahiran anak sulung mereka," jelas jurucakap pasangan itu.

Oguri dan Yamada telah berkahwin pada Mac 2012. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung secara tertutup dan hanya orang tertentu sahaja yang hadir.

Terdahulu, pasangan tersebut pernah berkata mereka mahu memiliki seramai tiga orang anak.

Shun Oguri, Yamada Yu

Artikel Lain