suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shakira & Suami Bergaduh Besar Kerana Adam Lavine

Gerard cemburu apabila isterinya berkawan rapat dengan Adam dalam program The Voice.
SUAMI kepada penyanyi Shakira dilaporkan tidak senang dengan hubungan baik isterinya dengan juri tetap program The Voice yang juga vokalis kumpulan Maaron 5 iaitu Adam Lavine. 

Portal Showbizspy melaporkan Gerard Pique cemburu melihat kemesraan yang dipamerkan Adam terhadap isterinya dan menganggap perbuatan lelaki itu sebagai tidak menghormatinya.

Adam dan Shakira sama-sama menjadi juri dalam program The Voice.

"Adam dilihat sering memegang Shakira dalam program berkenaan dan seolah-olah tidak menghormati perasaannya sebagai suami," kata sumber pasangan itu.

Malah kata sumber itu, pasangan berkenaan bergaduh besar gara-gara isu berkenaan.

Dalam satu temubual sebelum ini, Shakira mengakui suaminya itu memang seorang yang bersikap protektif terhadapnya selain tidak membenarkan lelaki mengjadi penghias muzik videonya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain