suria

Rita Ora Berdebar Temui Beyonce

Rita Ora sentiasa berangan-angan untuk bertemu dengan idolanya Beyonce.
PENCAPAIAN penyanyi muda Rita Ora sangat memberangsangkan sehingga dia ditawarkan kontrak di bawah syarikat rakaman RocNation milik penyanyi rap terkenal Jay Z.

Rita juga telah bertemu dengan idolanya, isteri kepada Jay Z iaitu Beyonce.

"Beyonce adalah idola saya selama ini. Saya sentiasa berangan-angan untuk berjumpa dengannya," katanya.

Seperti dipetik EntertainmentWise, Rita Ora mengaku sangat berdebar ketika bertemu Beyonce. Malah dia menganggap wanita itu bukan manusia biasa.

"Saya sangat takut untuk bertemu dengannya. Dia adalah idola saya yang memang ingin ditemui dan aku selalu berfikir yang dia bukan manusia biasa.

"Saya selalu berfikir dia selalu menggunakan stokin pada malam hari dan tidur sambil berdiri. Tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat baik dan ramah," katanya.

Rita Ora, Beyonce, Jay Z

Artikel Lain