suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Produksi Sangkal Dakwaan Pelakon Drama 'Inspiring Generation' Tidak Dibayar

Drama bersiri Inspiring Generation itu mendapat sambutan hangat daripada penonton di Korea Selatan.
KEJAYAAN drama bersiri terbaharu berjudul Inspiring Generation yang mendapat sambutan luar biasa peminat di Korea Selatan dikhabarkan mengalami pelbagai masalah.

Portal Soompi melaporkan para pelakonnya tidak dibayar oleh pihak produksi seperti mana dijanjikan dalam kontrak awal yang ditandatangani sebelum penggambaran bermula.

Bagaimanapun syarikat produksi berkenaan iaitu Ray & Mo tampil menafikan khabar angin itu dan pembayaran telah dibuat kepada semua pelakon terlibat. 

Sebelum drama yang dibintangi oleh Kim Hyun Joong ini ditayangkan kepada penonton, ia menerima pelbagai publisiti apabila bajet untuk menghasilkan drama epik itu menelan kos yang tinggi.


Artikel Lain