suria

Sumitomo Perkenalkan Perkhidmatan Pengesahan "Flick" Telefon Pintar Dalam Mac

KUALA LUMPUR: Sumitomo Mitsui Banking Corp (SMBC) akan melancarkan perkhidmatan pengesahan "Flick" pada platform telefon pintar bagi kegunaan perkhidmatan transaksi bisnes ke bisnes (B2B) dalam Mac ini.

SMBC dalam satu kenyataan hari ini, berkata walaupun wujud ancaman pemalsuan dan penggodaman Komputer Peribadi, SMBC terus melangkah ke hadapan dengan transaksi B2B perbankan Internet sambil meneruskan usaha dalam menjamin  persekitaran urus niaga yang selamat.

Presiden SMBC, Takeshi Kunibe, berkata perkhidmatan itu digerakkan oleh penyelesaian TheGRID Beacon 2-Factor Authentication, yang membenarkan penyedia perkhidmatan kewangan berasaskan Internet untuk menangani ancaman kecurian identiti dalam talian.

"The TheGRID Beacon dipelopori dan dipatenkan oleh e-Lock Corporation Sdn Bhd (e-Lock), sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) Jepun yang berpangkalan di sini.

"Model lapisan perlindungan gandaan milik syarikat itu memastikan bahawa maklumat sulit pelanggan dalam talian sentiasa dilindungi dan dijamin,' katanya.

Takeshi berkata pembangunan perkhidmatan pengesahan One Flick dengan NEC Corp yang memanfaatkan paten antarabangsa teknologi ON/OFF e-Lock, telah memacu pengenalan pelbagai perkhidmatan perbankan Internet dengan selamat pada platform telefon pintar.

Katanya, teknologi TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication pada dasarnya menukar telefon pintar menjadi alat pengesahan yang selamat, memperkasakan pengguna korporat memiliki kawalan penuh ke atas transaksi dan akaun-akaun perbankan Internet mereka sendiri.

"Semua ciri-ciri keselamatan ini menjadikan TheGRID Beacon sebagai penyelesaian yang berkos efektif bagi menangani penipuan dan pemalsuan dalam talian.

"SMBC akan meneroka dan meneruskan perkhidmatan pengesahan seperti ini kepada lain-lain perkhidmatan dalam talian bank kami," kata Takeshi.

Artikel Berikut

Artikel Lain