Azman Hashim Rancang Bersara - Niaga | mStar

Azman Hashim Rancang Bersara

KUALA LUMPUR: Pengerusi AMMB Holdings Bhd, Tan Sri Azman Hashim merancang untuk bersara daripada kumpulan itu dan beberapa entiti lain dalam tempoh dua tahun akan datang.

Bagi entiti AmMetLife Takaful Bhd, beliau akan bersara pada akhir Februari tahun ini, AmBank Islamic Bhd (akhir April), AmMetLife Insurance Bhd (akhir Disember), AmGeneral Insurance Bhd (akhir Disember), AmBank (M) Bhd (akhir Disember 2018) dan AmInvestment Bank Bhd (akhir Disember 2018).

"Azman yakin sudah sampai masanya untuk beliau memulakan pelan peralihan kepimpinan dalam entiti berkenan," kata AMMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia Rabu.

Kenyataan itu menyebut Azman, yang sudah membuat perubahan dalam pengurusan kanan kumpulan, akan kekal sebagai Pengerusi AMMB dan memberi tumpuan ke atas inisiatif strategik bagi mengukuhkan kumpulan tersebut.

"Sepanjang 35 tahun lepas, Azman menjadi nadi dalam membangunkan kumpulan itu sehingga kepada kedudukannya hari ini.

"Beliau merupakan pengerusi contoh dalam entiti terbabit. Peralihan dan pelan penggantian merupakan satu lagi bukti pandangan kehadapan beliau dalam mengukuhkan pertumbuhan kumpulan untuk dekad-dekad akan datang," katanya.-- Bernama

Azman Hashim , AMMB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AirAsia X Bawa 4.69 Juta Penumpang Pada 2016