suria

Portal E-Dagang Levida.My Beroperasi Jun

KUALA LUMPUR: Portal e-dagang, Levida.my yang dimiliki  Koperasi Usahawan Multimedia Selangor Berhad (KMedia) akan mula beroperasi Jun ini.

Setiausahanya, Mohamed Zulkarnain Mohamed berkata portal itu membolehkan perniagaan dalam talian dilakukan termasuk di bidang pelancongan, kewangan, peruncitan, perhiasan diri, industri, pendidikan dan multimedia.

"Sudah ada 150 koperasi berdaftar dengan Levida.my dan kita menyasarkan pendaftaran 1,000 koperasi tahun ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Wisma Levida.my di Balakong dekat sini, Selasa malam.

Perasmian bangunan tiga tingkat itu disempurnakan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah, dengan kehadiran adinda Sultan Selangor, Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Sementara itu, Abdul Fattah berkata koperasi tempatan perlu mengambil peluang yang disediakan KMedia untuk mempromosi produk masing-masing.-- Bernama

Levida.my

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain