suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FGV Tidak Akan Dijadikan Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Isnin menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata pengumuman itu dibuat selepas membuat beberapa pertanyaan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) yang merupakan pemegang saham utama.

"FGV dimaklumkan tidak ada perbincangan mengenai urusan itu di peringkat lembaga pengarah. FGV juga tidak menerima sebarang cadangan daripada pemegang saham yang lain mengenai perkara yang sama," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Syarikat perladangan itu berkata jika ada sebarang perkembangan atau maklumat penting mengenainya, FGV akan menbuat pengumuman sewajarnya.

Pada rehat tengah hari, saham FGV tidak berubah pada RM1.76.

FGV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain