suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SC Unjur Syarikat Dapat Raih Modal Sehingga RM105 Bilion Pada 2017

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjangka syarikat-syarikat dapat meraih modal antara RM90 bilion dan RM105 bilion pada tahun ini, dengan sejumlah besarnya daripada bon dan sukuk.

Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata daripada jumlah ini, kira-kira RM85 bilion akan diperoleh melalui bon dan sukuk, masing-masing RM7 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) manakala bakinya daripada pasaran sekunder.

Berucap pada Forum Dana Antarabangsa 2017 di sini, beliau berkata modal yeng diperoleh pada 2016 hampir mencecah RM100 bilion, dengan RM87 bilion daripada penerbitan bon korporat dan IPO, dan bakinya diperoleh melalui dana sekunder.-- Bernama

SC, Forum Dana Antarabangsa 2017

Artikel Lain