suria

Institusi Kewangan Perlu Patuhi Obligasi Pelaporan FSA - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan semua institusi kewangan supaya mematuhi obligasi pelaporan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, khususnya keperluan untuk segera memaklumkan apa-apa penemuan yang penting kepada bank pusat.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, BNM berkata ia telah memulakan tindakan penguatkuasaan di bawah FSA terhadap sebuah institusi kewangan kerana gagal memaklumkan bank pusat dengan segera mengenai dapatan audit yang signifikan berhubung dengan salah laku peniaganya, yang melibatkan penetapan kadar pertukaran USD/MYR.

"Dapatan menunjukkan bahawa terdapat komunikasi dengan pedagang daripada institusi kewangan asing lain termasuk rujukan yang tidak sewajarnya terhadap proses penghantaran penetapan kadar," katanya.

Berhubung dengan hal ini, BNM telah memulakan proses wajar di bawah FSA.

Menurut BNM mengambil serius akan pelanggaran pelaporan seperti ini, terutamanya penglibatan institusi kewangan dalam pasaran NDF ringgit luar pesisir atau apa-apa aktiviti yang berkaitan ke arah manipulasi pasaran.

Bank pusat berkata, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap mana-mana institusi kewangan lain yang melanggar peruntukan di bawah FSA. 

Tindakan penguatkuasaan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis, memberi amaran awam dan mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis untuk megurangkan atau menyelesaikan pelanggaran terhadap peruntukan tersebut, kata BNM. - BERNAMA

Bank Negara Malaysia, BNM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain