suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengguna Maybank Samsung Pay Dijangka Berganda Menjelang Penghujung 2017

KUALA LUMPUR: Maybank menjangka Maybank  Samsung Pay yang baru dilancarkannya bakal meningkatkan bilangan pelanggan yang menggunakan kaedah bayaran tanpa sentuh dalam kalangan pemegang kadnya sekurang-kurang 100 peratus menjelang akhir 2017.

Bank tersebut memperkenal perkhidmatan bayaran dompet mudah alih pada Julai tahun ini bagi membolehkan pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai dicaj kepada kad Visa mereka melalui telefon pintar Android dan peranti mudah alih yang lain, tanpa menggunakan kad debit atau kredit secara fizikal.

"Sejak pelancarannya, Maybank Samsung Pay menyaksikan hampir 40,000 muat turut dompet digital setakat ini.

"Maybank yakin lebih ramai pemegang kad akan mengguna kemudahan tersebut yang merupakan perkhidmatan pembayaran mudah alih tanpa sentuh yang diterima paling meluas," kata Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Maybank, Michael Foong,  dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata melalui perkhidmatan tersebut, pelanggan boleh membuat pembelian hampir di mana sahaja lokasi yang menerima kad debit, kredit dan prabayar, termasuk pelbagai lokasi di luar negara.

Inovasi berterusan yang dihasilkan oleh bank tersebut khususnya dalam bidang dompet digital membolehkan pelanggan mendapat manfaat daripada kaedah pembayaran yang selamat ini, sekali gus mempertingkat gaya hidup mereka, katanya.

Maybank Samsung Pay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain